Training/Workshop/Classes: Program Youth Blog (Y-Blog) at Kompleks Rakan Muda















Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia...

Pertamanya, terima kasih pada Rakan Muda cawangan Klang yang memberikan saya ruang dan kesempatan untuk mencurahkan bakti dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada belia-belia di kawasan sekitar Klang, malah bukan saja belia yang hadir, tetapi ibu kepada belia juga turut serta di dalam program Y-Blog yang dianjurkan.

Selama 2 hari saya menjadi tenaga pengajar, memang mengujakan. Selain dapat berkongsi ilmu pengetahuan, saya dapat juga berkenal-kenal dengan belia yang mana ada yang berumur 14 tahun menyertai program ini.

Walaubagaimana pun, sekiranya semasa saya mengendalikan 2 hari program itu terdapat kesilapan,kesalahan terkasar bahasa dan seumpamanya, saya meminta maaf kerana yang buruk itu datangnya dari saya dan yang terbaik itu datangya dari Allah SWT. Insyaallah, moga kita berjumpa di lain masa. =)

SHAHRUL HAIRY SHAHARUDDIN
FOUNDER SH iMAGE COMPANY
MY COURSEZ CONSULTANT (MCC)